Popia Simpul Kasih

Popiah dah siap simpul belum goreng 

Bahan-bahan

Kulit Popiah (40 keping belah 10)
Serunding Ikan

Serunding Ikan

Buat Popia Simpul Step by step

Pastikan kulit popia di tutup dengan tuala basah

 Letak serunding di tengah2 kulit
 Lipat kulit
 simpul ajeee..
siap dahhhh... tgu byk.. dan boleh digoreng....

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H/2011


Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.....diucapkan kepada anda semua yang mengunjungi blog saya..... ampun maaf dipinta sekiranya terdapat corak-coret yang terkandung di blog ini ada yang menguris perasaan semua... Semoga Ramadhan yang kita tempuhi ini mendapat Rahmat dan Keberkatan oleh Yang Maha Esa... Segala Ibadat Kita diterima dan segala dosa-dosa diampunkan....Aminnnnn

Persiapan raya tahun ini mcm tahun-tahun yang lps... cuma semangat raya tu lebih sikit sbb dah pindah ke Kemaman ni semua keperluang senang dpt.... baju En.Hby dan anak2 semua beli yang readymade aje, rasa ianya lebih senang dan banyak pilihan... Paling teruja masa bulan Ramadhan Mak selalu kirimkan lauk kat saya.... sbb dekat kalau tak masa kat Kuantan dulu nak rasa masakan mak kene blk kg laa baru dpt...



Seperti tahun-tahun yang sebelum ini kami akan balik ke Kijal, rumah Mak saya... maklumlah Mertua sudah meninggal... tulah saya ni tak pernah merasa kasih sayang Mertua sejak Kahwin lagi... tapi Ajal maut di tangan-Nya... kita iringan Al-Fatihah buat Allahyarham dan Allahyarhamah mertua saya...

Beraya tahun ini hebat sikit sebab beraya di Rumah Baru Mak.... dan nanti Hari Raya Ke-5 adik kedua bongsu lak bertunang..... moga-moga bermakna dlm kenangan...

Ayam Goreng Berempah


Bahan-bahan :

1/2 ekor ayam (potong 4 dan dibersihkan & tos)
Tepung gandum
sedikit serbuk kunyit
sedikit air
Garam, perasa

Bahan2 dibwh dikisar 1/4 hancur
1 sudu besar Cili kering Kisar
2 batang serai
2 inci halia
4 ulas Bawang Putih
1 sudu kecil biji ketumbar
1 sudu kecil jintan masin
1 sudu kecil jintan putih

Bahan-bahan yang dikisar, garam dan perasa digaul dengan ayam dan perap selama lebih kurang 4 jam (jika nak rasa manis2 sikit bolih lah masuk gula/madu sedikit tp jgn byk nanti ayam goreng jadi hitam@lekat kat kuali). Bila mau mengoreng bancuh tepung gandum, serbuk kunyit dengan sedikit air (agak2 cair sedikit dari tepung goreng pisang). Curahkan dlm ayam perap tadi gaul sebati dan goreng dalam minyak yang tenggelam ayam tadi. (Kalau minyak sikit ayam goreng x masak dan x cantik...)






Ayam Organik HPA

ayam56
Packaging baru ayam organik HPA

Sekadar ingin berkongsi....... artikel di bawah.... sbb kat rumah mmg x beli dah ayam pasar.... ayam organik HPA ni mmg sihat lahh x ade cucuk baka baik pun..... Beza Harga pun dah lebih kurang je \

Ayam organik HPA, 1.5kg/sepekat = RM18.00  lemak kurang
Ayam Pasar 1kg = RM8.50,     1.5kg = 12.50   Lemak banyak..

Jadi terpulang pada kita menilai dan menentukan sendiri tahap kesihatan seisi keluarga kita...

Ayam organik yang diternak sendiri oleh HPA ini dijamin bebas daripada vaksin kerana menggunakan herba sebagai makanannya seperti daun mambu, kunyit dan Tongkat Ali. Tanpa enzim tumbesaran, tanpa vaksin dan di sembelih mengikut tatacara syariah..

Artikel Berkaitan Ayam Organik HPA

DAUN MAMBU GANTI VAKSIN

Yang ditunggu sudah tiba!
Umat islam di negara ini tidak lagi perlu berasa was-was apabila menjamu ayam. Tiada lagi ayam cucuk , ayam disuntik dengan vaksin babi atau ayam dicampur dengan daging babi sebelum diedarkan. Ini kerana  HPA Industries Sdn Bhd (HPA) kini melangkah setapak lagi dalam usaha menyediakan produk halal dan suci kepada ummah dengan mengembangkan sayap perniagaan kepada industri penternakan ternakan ayam organik di Kok Klang, Perlis.
Lebih menarik ialah reban ternakan menggunakan teknologi moden dengan dilengkapi sistem pemakanan dan penyejukan yang terkawal secara automatik sepenuhnya. Tujuan dilaksanakan projek ini ialah untuk memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah bagi menyediakan makanan dan pasaran yang halal lagi suci untuk umat islam, terutama dengan laporan ‘tidak enak’ mengenai ayam di pasaran sekarang. Ayam organik atau dipanggil ayam sihat kerana pemakanannya datang dari sumber yang bersih seperti temukut, jagung, serbuk ikan dan sebagainya. Ia benar-benar bebas daripada sebarang makanan yang bercampur dengan bahan kimia. Ayam organik HPA turut diberi makan daun mambu yang cukup baik untuk kesihatan.
Menurut En. Abd Ghani Husein selaku Pengurus Besar R&D, ayam organik ini tidak disuntik apa-apa hormon, vaksin atau antibiotik. Kaedah suntikan itu kini menjadi amalan sebahagian besar penternak, terutama bukan islam supaya ayam mereka cepat besar.
“Makanan ayam organik ini bukannya seperti dedak yang diambil dari kilang, tetapi sumber daripada tumbuh-tumbuhan herba,”katanya. Ayam organik yang sudah terbukti memiliki protein lebih tinggi dari ayam kampung biasa. Kaedah ayam organik ini diberi makan ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti halia, kunyit , pandan dan lain-lain dan tanpa penggunaan antibiotik, tidak menggunakan hormon, beta agonist dan salbutamol”, kata Abdul Ghani ketika ditemubual. Sementara itu, Pengarah Urusan HPA mengalukan sesiapa yang mempunyai reban untuk bekerjasama menghasilkan ayam organik HPA”.
“Pasaran ayam ini cukup luas. Bekalan kita tidak cukup. Saya harap siapa yang tidak dapat jangan kecewa terus cuba”,katanya yang berhasrat menambah pengeluaran kepada 300,000 ekor ayam organik sehari.
Sumber:  Dunia Herba HPA

Masak Berlada Ikan Jebong (Ayam Laut)



Bahan - Bahan
1 ekor ikan Jebong (Ayam Laut)
3 sudu besar cili kering kisar
5 biji bwg merah (kisar)
2 ulas bwg putih (kisar)
sedikit air asam jawa
sedikit belacan
minyak untuk menumis
garam, gula & perasa
air

Cara-cara:
Tumis cili kering (kisar) hingga masak (pastikan cili tu betul2 masak-sedikit garing baru best).
Masuk bawang merah, bawang putih tumis hingga naik bau
Masuk air asam jawa & belacan
masuk air (agak2 ikan tu tenggelam) & Ikan

Masak hingga ikan masak dan air tuh kering.... hias dengan hirisan bawang besar



Puding Koktel


Bahan-bahan dan cara-caranya :

Kuah
1 tin susu cair
1 tin air buah koktel
susu pekat 1/2 cawan (ikut suka)
1 sudu tepung jagung
2 helai daun pandan
- semua bahan di masak atas api kecil dan sejuk kan...

Kastad

5 sudu tepung kastad
1/2 cawan susu cair
5 sudu gula pasir
- di kacau atas api kecil hingga pekat, angkat dan sejukkan.

Buah Koktel dan Kastad tadi di hidang bersama kuah...


Daging goreng bersama sayur kacang

Bahan -bahan

Daging (di rebus dan potong nipis dan goreng dlm minyak)
5 Ulas Bawang Merah (Mayang)
2 Ulas Bawang Putih (Mayang)
2 Inci Halia (Mayang)
kacang panjang
lobak merah
Cili padi (potong)
Minyak masak
serbuk kunyit
Garam, gula & perasa

Cara-cara
Tumis bahan menumis hingga garing.
Masuk daging dan serbuk kunyit
Masuk sayuran & cili padi.
Masuk garam, gula & perasa.
Sedia dihidang...

*** Lauk ni boleh di makan dengan nasi panas saja pun sedap... takyah banyak lauk lain dahhh....
memang selera...

Mee Kari

Bahan-bahan

Isi ayam semangkuk
Udang segar (suku kilo/RM5 je)
Kerang (kerang semangkuk kecik)
Fish Ball (sepeket)
santan (1 biji kelapa)
3 sudu besar rempah kari ayam/daging
5 biji bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (Kisar)
2 sudu besar cili kisar
Minyak untuk menumis
garam, gula & perasa (ikut citarasa masing-masing)
sawi, taugeh, daun sup (dicelur)
Bawang Goreng
Mee kuning

Cara-cara :
Panas minyak, tumis cili kisar hingga masak dan masuk bahan kisar hingga naik bau dan masak.
Masuk rempah kari dan santan kelapa, bila mendidih masuk ayam, udang, kerang dan fish ball.
Masuk garam, gula & perasa...
Hidang dengan mee kuning dan sayuran yang dicelur....

***** Bajet kurang dari RM15 tapi boleh makan 5@6 orang kan jimat gitu....
beli kat kedai pun belom tentu memenuhi citarasa kita kan.... menu pun tak lah susah mana...
apa pun tepuk dada tanya selera..
Rumahtangga bahagia juga bermula dengan air tangan seorang isteri/Ibu.. Insyaallah...
Apapun berbalik juga kita pada ketentuan Illahi.... waallahhualam

KELEBIHAN RAMADHAN


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

AYAM KICAP BLACK PEPPER


Bahan-bahan:

Ayam (sebelah) potong kecil
- gaul dengan serbuk lada hitam, tepung jagung, telor, garam dan digoreng.

5 Ulas Bawang Merah - Mayang
2 Ulas Bawang Putih - Mayang
Halia besar Ibu Jari - Mayang
2 Batang Serai - Ketuk2
5 Helia Daun Limau Purut
3 sudu sos tiram
4 sudu kicap manis
4 sudu kicap masin
Kentang di potong (goreng asing)
Tomato di belah empat

Cara-cara

Tumis bahan-bahan yang di mayang hingga naik bau, masuk serai, daun limau purut, sos tiram dan kicap dan akhir sekali ayam yang digorang tadi serta kentang dan tomato... siap untuk dihidang..


** lauk kesukaan En. Hubby n Dania... pastikan nasi kene masak lebih..diorang makan bertambah laaa... suka tgh mereka berselera...

Jangan ambil ringan apabila anak-anak anda demam

Bagi ibu-ibu yang mempunyai anak-anak yang berusia kurang daripada 7 tahun, saya tekankan jangan ambil ringan apabila anak-anak anda demam!. Berikut adalah langkah-langkah yang sepatutnya anda ambil ketika anak anda demam:
1. Kalau boleh anda ambillah cuti.
Jika anda sendiri yang memantau tahap suhu badan anak-anak anda sewaktu mereka demam, sudah tentu anda akan lebih teliti berbanding kakitangan taska ataupun pengasuh. Kadang kala mereka terlepas pandang.
2. Periksa samada tubuh anak anda memerlukan antibiotik.
Biasanya kalau anda bawa anak-anak anda ke klinik swasta, doktor di klinik tersebut biasanya akan bagi antibiotik. Jangan ambil antiobiotik tersebut sekiranya anak anda cuma mengalami demam viral, kerana demam viral tidak memerlukan antibiotik. Antibiotik diperlukan untuk demam yang disebabkan oleh bakteria sahaja dan ketika tonsil bengkak. Kalau hanya tekak merah tetapi tonsil tidak bengkak, anak anda tidak memerlukan antibiotik. Adakalanya, saya tidak faham mengapa doktor di klinik swasta suka bagi antibiotik, tetapi ada juga kes ibubapa sendiri yang beriya-iya meminta antibiotik (ini pernah dialami sendiri oleh saya sewaktu bertugas, siap marah-marah saya lagi sebab tidak bagi antibiotik). Hal ini kerana, jika anak anda makan antibiotik, sedangkan sebenarnya badannya tidak memerlukan antibiotik tersebut, imuniti badan anak anda akan jadi lemah. Imuniti badan yang kuat amat diperlukan supaya tidak mudah diserang penyakit di masa akan datang.
3. Bezakan antara demam viral dan demam disebabkan oleh bacteria.
Jika demam viral biasanya kanak-kanak tersebut aktif (seperti tidak demam) di siang hari tetapi suhunya panas di malam hari. Jika demam disebabkan bacteria, kanak-kanak sememangnya tidak aktif dan kelihatan lemah sepanjang hari.
4. Sediakan ubat yang sewajarnya untuk anak anda.
Selain ubat demam samada Syrup Paracetamol atau Syrup Brufen untuk demam, anda juga perlu menyimpan ubat pil yang dimasukkan ke dalam dubur kanak-kanak atau namanya Supp Paracetamol (SUPP PCM). Bagi bayi yang berat kurang daripada 12kg, gunalah supp PCM 125mg, jika berat melebihi 12kg, guna supp PCM 250mg. Saya nasihatkan supaya ibu-ibu sentiasa menyimpan bekalan supp PCM ini di dalam peti walaupun semasa anak tidak demam, kerana jika tiba-tiba anak anda demam kuat pada waktu malam, anda hanya perlu memasukkan ubat ini dengan kadar yang segera ke dalam duburnya. Selepas memasukkan ubat ini biasanya suhu badan akan dapat turun dengan kadar yang cepat berbanding dengan meminum Syrup Paracetamol. Ini kerana jika suhu badan kanak-kanak sangat tinggi, mereka akan terdedah mendapat sawan demam (febrile fits). Nauzubillah....

5. Selain daripada menyediakan ubat apa lagi yang perlu anda lakukan?
Selain menyediakan ubat, anda juga perlu sentiasa tuam kepala dan ketiak anak anda pada waktu malam untuk mengawal suhu. Sememangnya memerlukan pengorbanan berjaga malam jika anak demam. Akan tetapi yakinlah bahawa anda akan mendapat pahala yang besar dengan pengorbanan ini.
Secara kesimpulannya, kawallah suhu badan dan jagalah anak anda sebaik-baiknya sewaktu mereka demam. Ini kerana jika mereka terkena sawan, sel-sel otak mereka boleh mengalami kerosakan kekal, perkara itu sangat perlu anda dielakkan daripada terjadi.
Selain itu, jika demam anak anda berterusan melebihi 3 hari dan keadaannya bertambah teruk seperti muntah, mengadu sakit perut atau susah bernafas segera membawa anak anda ke jabatan kecemasan untuk rawatan lanjut kerana dibimbangi anak anda mengalami demam denggi, kerana sekarang ini kes-kes denggi semakin menular.
Semoga bermanafaat buat semua. Insya-Allah

Puding Karamel Lapis

Sempena hari merisik my sis, buatkan Puding Karamel Berlapis sebab nak balas bekas pihak laki... kebetulan dapur rumah mak rosak... kukus pakai dapur arang aje....yang terletak kat luar rumah... hari pun dah nak magrib melapis puding dlm samar2 gitu... nilah hasilnya... tapi tak sempat snap gambar masa dlm loyang.. gambar ni je yang sempat abik...gituuuu
Bahan-bahan :-

Untuk Caramel
1/2 Cawan Gula
1/2 Cawan Air

Cara-cara:
masuk gula dlm kuali kacau hingga hancur dan perang. masuk air dan kacau hingga cair dan masuk dlm loyang..

Untuk Puding
5 biji telor
1 tin susu cair
1/2 Cawan gula
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar tepung kastad
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar serbuk koko

Cara-cara :-
pukul telor & gula hingga kembang, masuk esen vanila, susu cair dan tepung pukul hingga sebati.. Bahagikan kepada 2 bahagian, 1 bahagian campurkan dengan serbuk koko, 1 bahagian adunan asal,...Masuk 1 senduk adunan asal dalam loyang caramel tadi dan kukus selama 5 minit, masukkan adunan koko dan kukus lg dlm 5 minit...ulang step tadi jadi 4 lapis...nak tau dah masak cucuk puding ngan lidi kalau tak melekat maknanya.. puding dah masak...(petua dari mak)

Memori....
masa Thaqif umur 8 bulan suapkan Puding ni kat dia, sebabnya kesian tgk dia mulut duk nganga je bila dia tgk kakak dia mkn puding tu depan dia... selang je 1 jam.... badan dia mula kluar biji2 cam gigit nyamok, besor lak tuh... punya panik aku pada masa kejadian tuh... bwk pi klinik rupa2 Thaqif alah pada telor... lepas kejadian tuu aku dah trauma terus aku beringattt.....psl pemakanan Thaqif ni....



Nasi Beriani

Hujung mgu tu ari bangun pagi, tgh duk pikir menu pagi tiba-tiba rasa nak buat nasi lak.... (kalau masak nasi mknnye sampai ker tengahari.... ) tgh2 duk masak Jam dah ko 11am.... Dania lak lapor tak mkn pagi... mula laaa aku campak2 je kat dapur tu... so ni laaa hasil nya... Nasi Beriani, Ayam Masak Beriani & Acar.... tengok selera sangat diorang makan....dari air tangan Isteri/Ibu....



Untuk Resepi :-

Nasi Beriani

Nasi Beriani ni, guna rempah segera je... caranya semua dah disediakan kat belakang paket rempah beriani ni. Rempah Beriani Faiza... boleh dapat kat pasaraya....




AYAM MASAK BERIANI

Bahan-bahan:
1/2 ekor Ayam - potong 6 (goreng kuning)
rempah tumis (4 beradik)
3 sudu Cili Kering
5 biji Bawang Merah (kisar)
3 ulas Bawang Putih (kisar)
2 hiris halia (kisar)
3 sudu Sos Tomato
3 sudu kerisik
2 cawan santan
3 sudu rempah beriani Faiza
3 biji kentang (potong 4)
carrot
Bawang Besar (belah 6)
Cili Besar (Belah 2)
Minyak untuk menumis
Garam, gula/gula melaka(org ganu pgl-nisan kerek), perasa(x letak pun ok)

Cara-cara
Tumis rempah 4 beradik, Cili Kering dan Bahan2 Kisar hingga naik bau.... masuk rempah dan kerisik, santan. tgu menglegak masuk ayam dan kentang, masak biar santan pecah minyak dan pekat, last skali masuk Bawang Besar, Cili Besar dan Carrot... siap






Acar

Bahan-Bahan
Timun
Kobis
Carrot
Cili Padi/Cili Besar
Bawang Merah
- semua bahan di atas di hiris

Halia
Garam
Cuka
Gula
- Gaul bersama bahan yang dihiris kat atas

Tumis Air Ikan
















Bahan-Bahan
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
- bhn ats di mayang
Ikan (Apapun Jenis pun boleh...)
hirisan daun sup n cili padi (kasi UmmmmHhh)
sedikit 1/2 kpg asam keping

Tumis bahan Mayang hingga naik bau, masuk air biar mendidih masuk ikan selar..... masuk asam keping, daun sup n cili padi, garam n gula.. dah siap 
menu ni slalu buat kat My Baby Thaqif ...tapi x leh taruk cili laa... dia makan ngan nasi lembek...mmg tgk dia selera sgt...

Sotong Masak Tom Yam

Menu Hujung minggu di hari Jumaat, lepas balik dari Pasar Tani Belakang Masjid Kemaman....










Bahan-Bahan
Sotong
Carrot & Bunga Kubis
Cili Padi - Belah 2
Serai - potong2
Daun Limau Purut - potong urat
Bawang Merah - Mayang
Bawang Putih - Ketuk
Sos Tiram
garam n gula

Cara-cara :-

Tumis Bawang Merah, Bawang Putih naik bau, masuk serai, daun limau purut, cili padi n sos tiram. Taruk air sikit, garam n gula secukup rasa.... n masuk sayuran... kacau agak sayur sebati, kalau lelama sgt nanti sayur xde zat pulak...n boleh laa dihidang...

PESAN BUAT SUAMI

PESAN BUAT SUAMI

Wahai suami bergelar ayah

lindungi zuriatmu dengan kasih sayang
marah berpada dengan kenakalannya
jangan hamburkan kata-kata nista
Kerana kata-katamu adalah doa
yang tiada hijabnya.

Wahai suami penyambung zuriat
berilah perhatian kepada kaum kerabat
eratkan silaturrahim
bantu yang memerlukan
ziarah yang mendapat kemalangan.
Wahai suami pemegang amanah
hormatilah isterimu
Jangan pandang seperti lalat
berilah perhatian, sentuhan dan kasih sayang
Jika ada salah silapnya
Jangan sakiti hatinya
Fikir cara terbaik membentuknya.
Wahai suami pelindung kasih
cintailah isterimu sepenuh hati
dialah ibu kepada anak-anak
Penjaga harta dan rumah tangga
teman paling akrab
tempat berkongsi suka duka.
Wahai suami tonggak keluarga
Bersoleklah untuk isteri
Sucikan diri dan hati
merdukan suara
dengan madah dan seloka
Ulangi yang isterimu suka
jangan remehkan keinginannya

Jangan butakan hatimu
pada kecantikannya
pada pengorbanannya
setialah pada kalimat
"Kau adalah isteriku".

Selamat Tinggal Kuantan

Sepanjang duk di cni byak sgh kenangan....(manis& pahit) mmg x leh lupa.. tak sangka gak 5 tahun dah duk sini...Jiran2 di Taman Sri Pelindung 1 mmg friendly sgt.... Dania pun x nak ikut pindah blk Kemaman sayang nak tgal mok dia(Pengasuh).... Apa pun aku berterima kasih sgt kat mok Dania coz jaga Dania dari Umur 2 bulan sampai 4 tahun lebih dan Thaqif pun sempat dijaga jugak selama 8 bulan.... Sepanjang Dania diasuhnya mmg terjaga sgt... sedih gak nak pisahkan diorang sebenornya... tulah kalau tak kerana hubby keje kat Kemaman mmg kitaorg nak duk kat Kuantan dan berumah kat sana terus.. selama 5 tahun menyewa kat taman tu ownernyer rumah x pernah naik sewa... tapi bila aku nak kuar je dari umah tu.. org lain ade la nak pi sewa dgr2 je Owner rumah sewa aku tu dah naik sewa sampai RM200.... dgr kata dia mmg nak naikkan sewa umah tu masa aku duk situ lagi tapi tak sampai hati coz hubby aku tak pernah miss bayor sewa... emmmm tulah hubby aku...sayang dia...

AKHIR TAHUN 2010- perkara yang ditunggu2

Setelah sekian lama....sejak ditukarkan ke JUPEM Kuantan dari POJ, Putrajaya..akhirnya dapat jugak tukar ke Kemaman dapat juga balik kampung.....
Tapi apa yang disangka slami ni.. mmg betoi pun.. (dulu slalu pikir kot2 kene tukar kat kat payoh, sri bandi, air jernih aduh tak bestnyee...) tapi terima dan redha bertugas di Kawasan Pedalaman
PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KEMAMAN..dimana tuhhhhh.. cari punya cari di Kampung Payoh Kemasik rupanya....
Tapi tu lah Tak Kenal Maka Tak Cinta..ADTEC Kemaman gah nun di atas Bukit..View mmg cantik...

ADTEC Kemaman ni mula beroperasi pada 1/11/2010... aku lah salah sorg staff pertama laaa btugas sini sejak ia boperasi..intake pelajar pun mungkin 2012/2013...
ni sebelah kiri Bangunan Pusat SUmber dan Multimesia dan sebelah kanan Bangunan Pentadbiran tempat aku akan menjalan tugas.....
ni Kuarters kakitangan... Pengarah mengalu-alukan aku duk Kuarters tapi sbb kat area payoh ni x de tadika yang transit sampai petang...
 serba sedikit ttg ADTEC Kemaman....

Dania dulu dan sekarang

Semasa umur 0-12 bulan bagi minum susu bebelac, selepas setahun plak minum susu Anmum Essenstial sampai umur dia 4 tahun.....
Kenapa Dania stop minum susu masa 4 tahun, masih aku ingat masa mengandungkan Thaqif dia dah Janji..
"Mama bila adik kuar Nyanya takboh minum babak(susu) dahhhh"....
lepas dia stop minum susu tu terus badannya berubah mendadak... berat badan dia turun byk... tambah pulak..
Ramai ckp Dania kurus tak cantik... tapi dia taknak gemok dahhh katanya... nanti baju tak cantik... maksudnya dulu masa badan dia gemok aku mmg susah nak carikan baju tuk dia.. seluar jean pun beli yg tuk budak besar...coz pinggang tak muat tuk umor dia... kadang2 aku pun rindu nak tgk dia bambammm cam dulu... sekarang nak minum susu dlm cawan pun tak nak... tapi makan nasi byakkkkkk....
Alhamdulillah Allah kurniakan kesihatan yang baik pada anak-anakku...


 




Jiwa Tenang-Anak2 Semua Ceria

Alhamdulillah aku bersyukur ke hadrat Illahi.... Thaqif dan Dania semakin ceria dan boleh sesuaikan diri duk rumah sewa baru ni n persekitaran di Kemaman ni... Jika mula2 pindah dulu mereka ni asyik sgt demam n x sihat aku pun terkena tempiasnya asyik demam, tapi sekarang kami dah ok..

Setiap petang aku akan pastikan mereka ceria.... blk keje aku akan tgu mereka dirumah, coz Papa mereka yang hantar dan ambik mereka dari Tadika dan Taska kerana tmpt mereka one way ke opis my Hubby so jadi rutin my Hubby lah tiap2 hari... Jika dulu masa di Kuantan itu jadi rutin aku...  tulah sebab setiap petang aku mmg x sabar nak tgu mereka ni sampai kat rumah rindu sgttttt sehari x jupe.....

Perkara pertama bila angkat dukung Thaqif dari kete Papanya pasti badannya x panas... maklumlah duduk Taska campur ngan ramai budak... cepat sgt kene virus... tapi sejak bagi dia multivitamin alhamdulilah dahhh...
Thaqif dah nak msk 14 bulan masih x leh jalan lagi... tapi sebagai Ibu aku tak kisah, lama2 boleh lah tu dia berjalan asal diberi kesihatan sokmo hendakNya, Insyaallah .... cuma kakak dia dulu umur 13 bulan dah boleh jalan, anak laki n pompuan lain kot...

Awas teknik penculik di pasar raya

SILA AMBIL IKHTIBAR ATAS APA YANG BERLAKU...Tajuk : Helah Menculik Kanak-Kanak Di Carrefour JB

Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja... Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu... Terima Kasih.

Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya - iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya - melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.
Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.
SEBARKAN BERITA INI SELUAS-LUASNYA SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA !

April - Ulangtahun Dania & Thaqif


Dua-dua anakku sambut hari lahir pada bulan sama... April

NORDANIA ZAHRA lahir pada 7 April 2006
Tahun ni 5th b'day
AHMAD THAQIF FAHMI lahir pada 28 April 2010, 2011 ulangtahun pertama....

Doa dari Mama & Papa :
Semoga kalian sentiasa berada dibawah lindungan Yang Maha Esa Allah S.W.T.. menjadi anak soleh dan solehah, berjaya di dunia & akhirat, dan menjadi kebanggaan Mama & Papa...
I love U All sayang

Cuti-cuti ke negeri sebelah

2 hari 1 malam di Swiss Garden kat Kuantan.. ni kira family holiday sebelah hubby ni...
yang sukanya Dania & sepupunya lah mandi-manda sampai kecut kulit...